A) Kepentingan Penggubalan Akta Pendidikan 1996 Ke Arah Melestarikan Pendidikan Malaysia
Nur Saffiya Husna Binti Burhannuddin
D20202097479
Apa itu Akta Pendidikan 1996?
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan kepada Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan 1996 merupakan sebuah undang-undang atau dasar konsepsual yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui dasar yang ditetapkan merangkumi keseluruhan aspek kurikulum dan kokurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Akta ini merupakan sebuah perundangan baru yang mengekalkan peruntukan yang lebih releven berbanding Akta Pelajaran 1961. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh pihak KPM adalah, dalam Akta Pelajaran 1961, dasar utamanya adalah menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang mampu memenuhi keperluan negara serta meningkatkan kemajuan negara dari segi ekonomi, sosio-budaya dan politik. Dasar ini boleh dikatakan sebagai sebuah dasar yang releven pada tahun tersebut, tetapi menjelang era-21, perubahan dari segi digital dan teknologi maklumat berkembang dengan pesat. Perkara ini menjadi sistem pendidikan di Malaysia berada jauh ketinggalan, pelbagai usaha mewujudkan dasar baru untuk menjadikan membentuk individu yang mempunyai pengetahuan serta mampu menempuh cabaran abad-21. Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550 telah diwujudkan yang meletakkan dasar dan matlamat yang lebih bertepatan dengan perubahan era globalisasi. Akta ini meletakkan matlamat dalam membantu negara mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang setanding serta mampu menghadapi cabaran semasa sekaligus dapat melestarikan pendidikan Malaysia.
a) Kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996 ke arah melestarikan pendidikan Malaysia.
1. Mempersiapkan murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.
Menjelang abad 21, segala aspek kehidupan sama ada dalam pendidikan ataupun tidak, penggunaan teknologi adalah satu wahan yang penting kepada semua golongan. Tambahan pula pada tahun 2021, seluruh dunia termasuklah negara Malaysia dilanda virus Covid-19 yang mengehadkan pergerakan individu. Wabak covid-19 adalah cabaran isu semasa yang terbesar pada abad ini. Perkara ini menyebabkan institusi-institusi atau sekolah-sekolah telah ditutup dan sesi pengajaran dan pembelajaran (Pdp) tidak dapat dijalankan seperti biasa serta pelajar dan guru perlu bertindak dalam suasana yang berbeza. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan pelbagai kaedah untuk menjalankan sesi PdP norma baharu. Pelajar dan guru tidak dapat bersemuka secara langsung di dalam kelas malahan pelajar dan guru perlu megadakan sesi pembelajaran secar alam maya. Kerajaan juga telah, mewujudkan setu kursus khas kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ketika di sekolah demi kecemerlangan masa pendidikan negara. Melalui pendekatan ini, kedua-dua pihak perlu menguasai konsep penggunaan teknologi untuk mewujudkan kelas alam maya. Selain itu, guru juga dapat melakukan aktiviti melalui teknologi seperti mengadakan permainan interaktif, kuiz serta penghasilan video dan audio pembelajaran yang menyeronokkan bagi menarik minat pelajar untuk mendalami kaedah pembelajaran norma baharu. Situasi ini juga bukan memberi kesan kepada proses pendidikan tempatan, malahan memberi kesan terhadap sistem pembangunan antarabangsa. Selain itu, ia menjadikan pelajar supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran semasa sama ada di peringkat tempatan, negara mahupun antarabangsa serta menjadikan pelajar lebih aktik dalam penggunaan teknologi terkini demi pendidikan. Perkara ini juga termaktub dalam ciri pendidikan abad ke-21 yang diperkenankan pada tahun 2014 iaitu penggunan telefon pintar dan computer. Hal ini juga bertepatan dengan matlamat dalam melahirkan murid yang berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan seharian. Hal ini juga dapat mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi sekali gus mempersiapkan murid dalam memnggadapi cabaran isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.
2.Melahirkan murid yang berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan seharian.
Akta Pendidikan 1996 dapat membantu pelajar dalam mendisiplinkan diri pelajar dalam mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa. Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah diwajibkan mengambil peperiksaan yang telah ditetapkan oleh KPM. Pihak KPM telah mewujudkan peperiksaan penting di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Melalui penglibatan pelajar dalam peperiksaan, guru dapat menilai kemampuan, jati diri serta dapat melihat profession kerjaya pelajar tersebut. Malahan para pelajar lebih bijak dalam menguruskan aspek pemikiran dengan lebih sistematik. Guru juga dapat melakukan penilaian atau pengukuran yang setaraf tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita. Akta Pendidkan 1996 meletakkan matlamat dalam melahirkan modal insan yang bertaraf dunia.
Selain itu, melalui proses pendidikan pelajar perlu sentiasa peka dalam setiap perkara terutamanya dari segi masa. Pelajar perlu mendisiplin diri untuk mengatur jadual belajar yang berkesan. Pada awal tahun 2020, pelajar hanya perlu menghadiri sesi pembelajaran dan segala jadual telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar hanya perlu mengatur masa untuk menyiapkan latihan di rumah. Perkara ini sangat berbeza dengan perubahan kegiatan pembelajaran pada tahun 2021. Segala perkara dan jadual perlu ditetapkan oleh pelajar itu sendiri. Perkara ini membuatkan pelajar lebih menghargai dan dapat mengendali masa dengan baik. Melalui aspek ini, pelajar akan bersifat lebih fokus terhadap keadaaan persekitaran mereka. Sekaligus dapat menstabilkan proses pembelajaran dengan baik kerana sifat responsif telah wujud dalam diri pelajar membuatkan mereka lebih peka dalam menjalankan sesuatu perkara dalam membangunkan institusi pendidikan peringkat dunia.
3. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh
Akta Pendidikan 1996 merupakan satu aspek yang penting dalam pembangunan negara Malaysia, kandungan Akta Pendidikan 1996 dapat memantapkan lagi sistem pendidikan untuk generasi akan datang agar sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan wujudnya peraturan-peraturan khusus mengikut seksyen 130. Melalui Kandungan Akta Pendidikan 1996: Peraturan Pendidikan telah menggariskan beberapa peraturan yang patut dititiberatkan oleh setiap guru. Antaranya adalah Kurikulum pra sekolah berteraskan kepada golongan kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun. Konsep ini merupakan satu dasar yang sangat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan pendidikan individu. Selain itu, banyak nilai-nilai positif yang dapat dititikberatkan kepada individu di awal usia perkembangan. Kurikulum ini juga akan memastikan para pelajar mendapat kemahiran, nilai-nilai murni serta pengetahuan pada peringkat awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak juga dapat membentuk persediaan kepada setiap kanak-kanak untuk menghadapi skop sekolah rendah. Oleh itu,kurikulum prasekolah merupakan aspek utama dalam pembentukan modal insan yang mampu memberi sumbangan terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Bermula pada peringkat inilah, guru perlu memupuk dengan nilai-nilai murni yang berkesan di dalam jiwa pelajar untuk menegnali dan mencintai negara supaya setiap pelajar mampu mengaplikasikan nilai-nilai murni dan kemahiran dalam menambah pengetahuan.
Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan untuk membantu perkembangan modal insan yang mampu memberi sumbangan terhadap negara serta berani menempuh cabaran semasa. Melalui perkara di atas, dapat dibuktikan bahawa perlaksanaan akta ini sangat memainkan peranan penting dalam proses melestarikan pendidikan di Malaysia. Pelbagai peraturan yang telah ditetapkan dalam Kandungan Akta Pendidikan 1996 yang diwajibkan kepada semua institusi-institusi pendidikan negara sekaligus membantu dalam perkembangan pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia sejajar dengan perkembangan semasa.
Comments
Post a Comment