D) Kesesuaian Akta Pendidikan 1996 dalam menghadapi perubahan pendidikan di Malaysia

 

Nur Najwa Binti Noor Azmi

D20202097480

(D) Kesesuaian Akta Pendidikan 1996 dalam menghadapi perubahan pendidikan di Malaysia







KESESUAIAN AKTA PENDIDIKAN 1996 DALAM MENGHADAPI  PERUBAHAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Akta Pendidikan 1996 ini digubal sepenuhnya secara pembaharuan dari Akta Pendidikan 1961 kerana pendidikan ini mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju dari segi kemajuan ekonomi, keadilan social, dan kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan masyarakat yang demokratik, bersatu padu dan dinamik. 

Oleh itu, dalam kesesuaian Akta Pendidikan 1996 ini dalam menghadapi perubahan Pendidikan di Malaysia apabila perubahan dalam pengurusan sumber manusia iaitu berlakunya isu ketidakseimbangan jantina dalam pencapaian akademik, contoh : kemasukan pelajar perempuan ke IPT lebih ramai berbanding lelaki. Selain itu, perubahan minda rakyat Malaysia iaitu rakyat ini masih mengharapkan Pendidikan sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan. Graduan juga dihinggapi penyakit diploma desease kerana pengangguran dalam kalangan graduan masih tinggi. 

Tambahan pula, perubahan Akta Pendidikan 1996 kepada perubahan sumber kewangan juga turut menjadikan Pendidikan ini menerima terbesar peruntukan terbesar (18-22%) setiap tahun namun masih kecil untuk menjadikan Pendidikan maju dan kondusif seperti saiz murid per kelas masih besar dalam 30-40 org yang prasarana dan teknologi pembelajaran tidak mencukupi. Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar turut merupakan kesesuaian Akta Pendidikan 1996 dalam menghadapi perubahan iaitu Bahasa Melayu ini masih tidak dimartabatkan dalam Pendidikan sebagai Bahasa pengantar di semua institusi Pendidikan di Malaysia. 

Akhir sekali, perubahan dalam isu perpaduan kaum juga adalah sebagai salah satu Akta Pendidikan 1996 sebagai penyatuan kaum melalui Pendidikan. Namun masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan antara kaum kerana pengekalan identity kaum masing-masing terutamanya dari segi Bahasa, budaya, ekonomi dan politik. Perubahan yang menjadikan Malaysia ini sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia perlu menghadapi dalam situasi dimana Malaysia menghantar pelajar-pelajar ke luar negara namun gagal menarik pelajar-pelajar cemerlangan dari negara maju untuk berkhidmat dan belajar di Malaysia. Oleh itu, dalam kesesuaian Akta Pendidikan 1996 ini dalam menghadapi perubahan Pendidikan di Malaysia ini adalah tertakluk kepada segala perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996. 





Comments

Popular posts from this blog

A) Kepentingan Penggubalan Akta Pendidikan 1996 Ke Arah Melestarikan Pendidikan Malaysia